Make your own Glitter Graphics

MUNAWWARAH

SEKOLAH KEBANGSAAN YAN KECHIL
06900 YAN
KEDAH DARUL AMAN .

Tel / Fax : 044655951
E-mail : skyankechil.ppdkmy@gmail.com
: munawwarah.skykppdkmy@gmail.com
: smartpreschool@gmail.com

30 March 2009

Pendidikan Prasekolah di Malaysia

RUKUN NEGARA

Bahawasanya Negara kita MALAYSIA mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup yang demokratik; mencipta masyarakat yang adil di mana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat yang progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden .

MAKA KAMI, rakyat MALAYSIA, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip berikut :


 KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
 KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
 KELUHURAN PERLEMBAGAAN
 KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
 KESOPANAN DAN KESUSILAAN



FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di MALAYSIA adalah satu usaha berterusan kearah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang cemerlang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan . Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara MALAYSIA yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan Negara .




MATLAMAT PENDIDIKAN

Pendidikan Prasekolah bertujuan untuk menyuburkan potensi murid dalam aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan masuk ke sekolah rendah .




OBJEKTIF PENDIDIKAN PRASEKOLAH

Pendidikan Prasekolah membolehkan :
i. Mempunyai sifat peribadi, perwatakan dan konsep diri yang positif untuk menjadi warganegara yang patriotik;

ii. Menggunakan Bahasa Melayu dengan baik dan memperkembangkan kemahiran berbahasa untuk berkomunikasi;

iii. Menggunakan Bahasa Cina dan Bahasa Tamil dengan betul untuk berkomunikasi di sekolah yang menggunakan bahasa pengantar, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil;

iv. Menggunakan Bahasa Inggeris dalam interaksi seharian selaras dengan kedudukannya sebagai bahasa kedua;

v. Mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian untuk murid beragama Islam;

vi. Mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian;

vii. Mempunyai kemahiran kognitif, kemahiran berfikir dan kemahiran menyelesaikan masalah;

viii. Mempunyai kematangan emosi dan kemahiran sosial;

ix. Mempunyai kecerdasan dan kemahiran fizikal serta mempraktikkan amalan kesihatan dan keselamatan yang baik; dan

x. Mempunyai daya kreativiti dan estetika untuk menghargai keindahan alam dan warisan budaya .

~ SMART PreSchool __ Sejarah ~






SEJARAH PENUBUHAN

Prasekolah Sekolah Kebangsaan Yan Kechil yang dikenali sebagai Pra Seri Gemilang pada asalnya, mula dilaksanakan dan beroperasi pada 01 Januari 2005 dengan murid seramai 25 orang iaitu had yang dibenarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia . Kelas ini pada asalnya adalah sebuah stor sukan Sekolah Menengah Kebangsaan Dulang dan telah diubahsuai dengan beberapa penambahan seperti tandas dan dapur .

Kelas prasekolah ini telah dikendalikan oleh Puan Razima binti Ramli seorang guru lepasan Maktab Perguruan Tengku Ampuan Afzan, Pahang (BI/MZ) . Beliau telah dibantu oleh seorang pembantu, Cik Shariffah Salwa binti Omar (kini “Puan”) yang bertaraf kontrak . Dalam keadaan yang serba kekurangan, beliau dan pembantunya masih mampu menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab dan dedikasi .

Pada 26 Oktober 2005, Cik Shariffah Salwa telah digantikan dengan pembantu bergred PPM N17 yang bertaraf tetap iaitu Cik Amal Hayati binti Shokhawi . Bermula sesi persekolahan 2006, nama prasekolah telah ditukar kepada SMART PRESCHOOL dan mempunyai logonya sendiri .


29 March 2009

under construction

the blog you are required is still under construction..we're sorry for this difficulty